Tuesday, 23 August 2011

Fiqh Wanita- Uniknya Rahsia Allah pada Dirimu~

ProgramPutra Medical Club (PMC) dengan kerjasama Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej Tujuh Belas telah menganjurkan program Fiqh Wanita bertemakan  ‘Uniknya Rahsia Allah Pada Dirimu’.

Objektifmemberi pendedahan terutamanya kepada kaum hawa mengenai penyelesaian kepada permasalahan-permasalahan yang berkaitan dengan fiqh wanita. 

Tarikh13 Ogos 2011 (Sabtu) 

Tempat Dewan Kuliah Utama, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia

Tetamu jemputanPenasihat Program Fiqh Wanita;Dr. Huda Bt Zainuddin, Pengarah Program; Mohd Fairul Azwan bin Mohd Hussin, Fellow Kolej Tujuh Belas; Cik Salasiah binti Mustafa, Penceramah Jemputan; Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil,dan beberapa orang ahli MTM dan PMC.

PesertaProgram ini telah disertai oleh ­360 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar perubatan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), International Medical University (IMU), dan Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) 

Perjalanan program :
Program ini bermula seawal jam 8 pagi dengan ketibaan dan pendaftaran para peserta di Foyer FPSK, UPM, dan diikuti dengan ketibaan dif-dif jemputan. Seterusnya majlis bermula jam sekitar 9 pagi dimulakan dengan bacaan Asmaul Husna dan bacaan doa yang diketuai oleh Saudara Muhammad Ashraf. Selepas itu, majlis yang dipengerusikan oleh Saudari Nur Azmina diteruskan dengan tayangan video pembukaan dan ucapan daripada Pengarah Program Fiqh Wanita iaitu Saudara Mohd Fairul Azwan.
            Majlis diteruskan lagi dengan agenda utamanya iaitu sesi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Fawwaz. Tajuk yang telah dipilih sebagai topik perbincangan adalah daripada bab dua buku Fiqh Wanita yang telah diterjemah oleh penceramah ini sendiri. Antaranya adalah permasalahan tentang darah haid dan nifas, keadaan-keadaan yang membatalkan dan tidak membatalkan air wudhu’ dan banyak lagi. Penceramah telah mengupas kesemua topik-topik ini dengan penuh terperinci dan disusuli dengan pendapat-pendapat daripada kelima-lima mazhab dalam islam. Tepat jam 11 pagi, majlis telah berehat selama 30 minit dan diteruskan semula jam 11.30 pagi. Sepanjang sesi rehat selama 30 minit ini, telah diadakan jualan buku Fiqh Wanita dengan harga RM 17 sebuah dan juga buku-buku yang lain.

            Majlis berlangsung dengan lancarnya dan sesi soal jawab telah diadakan sejurus sesi ceramah tamat. Peserta telah diberi peluang untuk bertanyakan apa-apa soalan yang bersarang di minda mereka tentang topik yang dibincangkan di sesi ceramah sebentar tadi. Kemudian diadakan juga kuiz buat peserta-peserta di mana penceramah telah mengajukan soalan dan peserta yang berjaya menjawab soalan yang dianjurkan telah diberikan hadiah yang disediakan oleh ahli jawatankuasa majlis sendiri.
            Selepas itu, telah diadakan penyampaian cenderamata buat dif-dif jemputan dan penceramah jemputan yang disampaikan oleh pengarah program, Saudara Mohd. Fairul Azwan. Majlis telah berakhir tepat jam 2 petang dan peserta telah bersurai dan pulang ke universiti masing-masing dengan ilmu yang telah diperolehi.


pelajar universiti2 lain yang hadir


sesi pendaftaran


pelajar lelaki pun tidak ketinggalan menyertainya! :)


Ketibaan VIP


by, ustaz Fauwaz..


tekunnya mereka mendengar..


VIP yang hadir..




pelajar Upm juga tidak melepaskan peluang ^_^


sebahagian Ahli Jawatankuasa yang bertungkus lumus supaya program berjalan lancar


sayonara... semoga ketemu lagi..

No comments:

Post a Comment