Program: Program Anak Angkat bermula dari 21-27 Mei 2011 diikuti oleh acara kemuncak iaitu Program Juara Rakyat pada 18-19 Jun 2011 yang akan dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri.
Objektif Program:
Mendapatkan data bagi tahap kesihatan penduduk kampung di kawasan Pagoh serta memperbaiki tahap kesedaran dan pengetahuan tentang kesihatan penduduk kampung di kawasan Pagoh.
Tempat:
Pagoh, Johor
Melibatkan 2 dun iaitu Dun Bukit Serampang dan Dun Jorak (5 buah kampung dipilih dari setiap dun).
Dun Bukit Srampang: Kg. Parit Medan , Kg Parit Tepi, Kg Parit Simpang, Kg. Parit Tunggul, dan Kg Parit Sawah.
Dun Jorak: Kg. Parit Raja, Kg Parit Bengkok, Kg. Parit Pelampong, Kg. Bukit Rahmat dan Kg. Tiong Baru.
Anggaran purata bilangan rumah dalam setiap kampung ialah 63-65. Ini menjadikan responden dalam survey ini ialah > 3000 orang.
Pihak yang Terlibat:
Program ini melibatkan 150 pelajar daripada semua kursus FPSK UPM untuk dijadikan anak-anak angkat penduduk kampung manakala doktor-doktor pakar perubatan UPM daripada pelbagai bidang akan menyusul pada Program Juara Rakyat. Para pelajar yang terlibat akan dijadikan anak angkat untuk 5 buah rumah yang terpilih bagi bagi setiap kampong. Oleh itu setiap rumah akan mangambil minimum 2 dan maksimum 3 orang anak angkat.
Semasa lawatan tinjau yg berlangsung pada 7 Mei 2011, kami menemui ketua-ketua kampung yang terlibat untuk menerangkan serba sedikit tentang program ini, melangsungkan kerjasama bersama mereka serta mendapatkan informasi terbaru tentang keadaan terbaru kampung-kampung tersebut. Kami juga telah melawat tapak sekolah yang akan dijadikan tempat bagi Majlis Penyerahan anak Angkat bersama Penduduk Kampung pada 21 Mei 2011 ini dan juga pada acara kemuncak Juara Rakyat Pagoh bersama Timbalan Perdana Menteri. Biik-bilik dajah, makmal dan juga kantin akan gunakan pada hari program bagi memudahkan doktor-doktor pakar membuat konsultasi percuma kepada orang kampung. Selain itu, kami melawat tempat-tempat tumpuan penduduk kampung iaitu masjid, dan kedai makan kerana ia penting dari aspek publisiti.
Gambar: Bersama Puan Hajah Istiqamah yang telah menumpangkan kami semalaman untuk lawatan tinjau ke Pagoh.
Gambar: Tiang bendera yang telah diasaskan leh Tuanku Abdul Rahman pada tahun 1957 yang menjadi tinggalan bersejarah di Kampung Parit Medan .
Gambar: Kelas yang akan digunakan oleh doktor-doktor perubatan.
Perkembangan program akan dilaporkan lagi dari semasa ke semasa. Kami amat berharap penyertaan dari pelajar perubatan dalam program ini menggalakkan program-program yang bakal kami lakukan akan datang.
Izzati Ayub, 3rdyr 2010/2011
Perkembangan program akan dilaporkan lagi dari semasa ke semasa. Kami amat berharap penyertaan dari pelajar perubatan dalam program ini menggalakkan program-program yang bakal kami lakukan akan datang.
Izzati Ayub, 3rdyr 2010/2011
No comments:
Post a Comment