Assalamualaikum.
Ibubapa memainkan peranan penting untuk memupuk minat kanak-kanak, seperti sehelai kain putih yang perlu dicorakkan. Saya rasa, kebanyakan kanak-kanak disogok dengan impian menjadi seorang doktor, peguam atau cikgu. Ini pekerjaan yang biasa saya dengar dikalangan kawan-kawan sebaya sewaktu sekolah rendah. Tetapi tak dinafikan saya pernah bercita-cita mahu menjadi seorang posmen dahulu. Haha.
Berbalik kepada tajuk asal, kenapa doktor? Masyarakat memandang tinggi pekerjaan yang satu ini, kerana pekerjaannya yang sangat mulia dan menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Memetik kata-kata Martin H. Fischer, "A doctor must work eighteen hours a day and seven days a week. If you cannot console yourself to this, get out of the profession."
Secara jujurnya, sewaktu minggu orientasi medic, soalan kenapa nak jadi doktor ni menghantui sewaktu buddy day yang sangat menakutkan. Haha. Dan satu jawapan yang terlintas, jawapan yang sangat biasa dan kerap didengari oleh pelajar perubatan, saya mahu bantu masyarakat-jawap saya seadanya.
Dan senior membalas- Banyak cara untuk membantu manusia lain, tak semestinya menjadi seorang doktor. Cikgu, peguam dan polis juga membantu masyarakat dalam cara mereka sendiri. Jawapan kamu terlalu umum.
Sedari itu saya terfikir, kenapa doktor?
Saya bertanyakan coursemate yang lain, setelah melalui kos ini selama 2 tahun, jawapan mereka adalah seperti:
-Ayah aku nak sangat aku jadi doktor, apa nak dikata?
-Minat aku dari kecik daa..aku keluar je dari perut mak tu, terus je aku jatuh hati kat doktor yang sambut aku tu. Sejak tu lah aku nak jadi doktor..haha.
- Oh, aku suka-suka je.
- Sebab dapat tengok cadaver.. Suke nyeeeee... Huhu
- (Jawapan common) cita-cita dari zaman purbakala
- Ilmu perubatan tu tak semua orang boleh dapat dan apply... Maybe sume leh belajar tp tak sume boleh hargai ilmu tu... Sangat berharga... Jadi doc memang lain dari yang lain... sebab tu la kot... ade banyak sebab tapi yang lain tu common-common je laa... kang berjela-jela lak..huhu
- Aku jadi doc sebab doc best, perlukan ilmu dan seni, kalau jadi nerd je study dgn ilmu, tp takda seni seperti cara komunikasi, ketelusan dlm buat kerja, bijak urus stress tak jadi doc, doc boleh kawal keadaan walau ape sekali pn, dan doc ni kite boleh berkhidmat smpi mati, no limit utk buat kebaikan.
- Fardhu kifayah~
- "Sampai masa tibanya waktu..redup hati kami berdua..bila dua jasad bersatu..hidup mati kita bersama."
Err..yang ni maybe masih mabuk Hikayat Merong Mahawangsa agaknya.
- Berkata Imam Shafie, "Tidak aku melihat ilmu yang paling afdhal selepas mana ilmu syariah seperti mana ilmu perubatan. Jika ingin berpindah ke suatu kawasan, pastikan ada dua golongan iaitu ulama dan doktor kerana kita sentiasa memerlukan mereka. Imam shafie belajar perubatan semasa hayatnya..."
- Pejam celik, pejam celik trus dapat perubatan~ mohon nak jado economist, tapi doktor pulak dia bagi~~ haiiihhh
*******
Dari sini saya dapat simpulkan, pilihan mereka menjadi doktor sebenarnya dipengaruhi sama ada dari persekitaran dan latar belakang yang berbeza.
Saya sendiri meletakkan pilihan ini sebagai pilihan utama semasa mengisi borang UPU adalah kerana memikirkan tidak perlu bersusah payah mencari pekerjaan selepas tamat belajar kelak, dan harapan menggunung dari keluarga.
Saya tertarik dengan kupasan dalam artikel Kenapa mahu jadi doktor, oleh saifulislam. Beliau menerangkan mengenai nilai menjadi seorang doktor, yang saya rasa harus dikongsikan disini. Artikel ini merupakan petikan ceramah kepada pelajar-pelajar perubatan di IMU.
TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN
Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.
Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.
Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.
PROVOKASI DEMI MASA DEPAN
Atas provokasi inilah, saya mengajak adik-adik di bangku pengajian perubatan, untuk menyemak hubung kait bidang ini dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.
Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.
Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.
Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.
JIKA KERJA JADI IBADAH
Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.
Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.
Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.
Teruskan cita-cita kalian menjadi doktor. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.
Artikel ini menyedarkan saya, bahawa konsep nilai ini sangat penting supaya kita tidak tersasar dalam mengejar kerjaya sebagai seorang doktor ini. Nilai seorang doktor, tidak dapat diukur dengan material kerana menuntut pengorbanan masa dan emosi dalam diri kita. Bukan calang-calang manusia yang mampu melakukannya.
Maka, disinilah berdirinya kami di UPM, mengambil bidang perubatan. Mungkin orang lain mengatakan ini pilihan kami, namun sebenarnya. Takdir yang membawa kami disini.
Fatihah, 2ndyr 2010/2011
3 comments:
Ntah la. For me, bila dpt tu, rase mcm dah ditakdirkan dpt, so baik teruskan je. Selagi ade jalan, buat je betul2. Lagi pun, ape salahnye keje camni kalau tibe2 realize diri sendiri tak minat, tak perlu ckp buang mase je blaja penat2 5 tahun, tibe2 xnk jadi doctor. ape yg penatnye, dpt ilmu. kalau tibe2 decide nak keje laen, so what. xkesa la, tuka je profession laen. belajar lagi, tulah life. -izzatiizhar 3rdyear.
nice one , keep it up PMC :)
yg ptg sume org mesti enjoy dlm ape yg kite buat.
Izzati,
Betul sangat. Apa salahnya belajar kan? Benda yang elok.
Sufi,
Terima kasih.
Nazirah 3rdyr 2010/2011
Post a Comment